Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

'Jangan ganggu wanita dalam video itu'

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menitahkan orang ramai agar tidak mengganggu wanita yang didakwa cuba memeluk dan mencium baginda seperti dalam video tular baru-baru ini.

Tegas Sultan Ibrahim, wanita tersebut tidak mencium Baginda seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” Sultan Ibrahim bekata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office.

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang wanita dikatakan mencium pipi Sultan Ibrahim ketika konvoi DiRaja singgah di Bandar Baru Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017.

Sultan Ibrahim menambah perkara itu tidak berlaku malah video tersebut jelas menunjukkan wanita tersebut tidak mencium Baginda.

Kejadian pada jam 8.45 pagi itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah restoran makanan segera ketika Sultan Ibrahim berangkat tiba di Taman Medan Putra, Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017.

Wanita itu didakwa memeluk bahu kanan dan cuba mencium pipi kiri Tuanku Sultan, sebelum ditahan pihak polis untuk diambil keterangan berhubung tindakannya dan siasatan masih dijalankan.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.