Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

Guru tular terlantar di hospital meninggal dunia

Pengerusi Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) Tawau, Zakaria Abd Rashid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata Khairul Anuar Mohd Ghazali, 34, meninggal dunia pada 10 malam Selasa. Pengerusi Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) Tawau, Zakaria Abd Rashid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata Khairul Anuar Mohd Ghazali, 34, meninggal dunia pada 10 malam Selasa.

Seorang guru lelaki yang terlantar di Hospital Tawau dan menjadi tular dalam media sosial, meninggal dunia di hospital di sini, malam tadi.

Pengerusi Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) Tawau, Zakaria Abd Rashid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata Khairul Anuar Mohd Ghazali, 34, meninggal dunia pada 10 malam Selasa.

Menurut Zakaria, jenazah disolatkan di Masjid Raya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 3, Jalan Apas di sini selepas solat zohor hari ini.

Pada Selasa Pengerusi Perakan Malaysia Sabah Mohd Ariff Yusoff menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebar maklumat tidak tepat kononnya seorang guru berasal dari Kelantan terlantar di Hospital Tawau selama tiga bulan tanpa penjagaan keluarga selain turut kehilangan duit serta telefon mudah alihnya di hospital.

Mohd Arif berkata maklumat tular itu tidak jelas, bersifat fitnah dan memalukan banyak pihak termasuk rasa kurang senang dalam kalangan keluarga guru tersebut dan rakan sekerja.

Kad pengenalan tertera nama arwah dan gambar seorang lelaki dalam keadaan terbaring di katil hospital Tawau tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.