Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Sah! Nur Sajat adalah wanita

Jutawan kosmetik yang pernah dikatakan 'pondan', Nur Sajat kini disahkan mempunyai jantina wanita selepas membuat semakan pemeriksaan jantina di sebuah hospital swasta baru-baru ini.

Nur Sajat atau lebih dikenali sebagai Sajat sebelum ini didakwa mempunyai dua kemaluan atau 'khunsa'.

Bagaimanapun menurut Sajat, dia lebih cenderung kepada personaliti wanita meskipun dibesarkan sebagai seorang lelaki.

Surat pengesahan pemeriksaan berkenaan disertakan Sajat melalui laman Instagram miliknya

"Selesai untuk segalanya, terima kasih mak dan ayah kerana menemani Sajat untuk urusan ini.

"Amin, saya tak minta lebih, saya tak minta jadi macam ini, tapi saya bersyukur mempunyai keluarga yang sangat memahami saya.

"Biarlah mereka terus berkata,saya dah buat, report khas pun ada pada yang pakar, amin", tulisnya pada Khamis.

Berita itu sekaligus menimbulkan percanggahan pendapat daripada netizen khususnya pengikut Sajat di laman Instagram.

"Sajat pi tukar la jantian kat IC tu...mungkin urusannya rumit, tapi kalo dpt surat pengesahan mahkamah, ok kot," tulis @peppermintnelly.

"xpaham lah dengan semua ni..biar lah dia nk jadi apa..dia xpenah ganggu life korg..sebab tu hidup dia kaya..korang yg bnyk sangat nak ambil tahu pasal org ni hidup ntah kemana..bwk2 lah bertaubat..jangan sbb mulut korg dah dpt dosa fitnah..dia nk tipu ke apa..tu urusan dia dengan allah...jangan pandai2 nk jugde orang..yg xtahu buat cara xtau..jangan sibuk nk ambil tau..bnyak lagi keje nk buat..assalamualaikum," tulis @myra_edhorra.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.