Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Murid dipaksa potong lidah Di Klang

Seorang ibu terkejut apabila diberitahu anaknya menggunting lidah sendiri akibat dibuli dalam satu kejadian yang berlaku di sekolah rendah di sini kelmarin.

Wanita tersebut menerima panggilan dari pihak sekolah yang memaklumkan bahawa anak lelakinya itu cedera pada lidah.

Wanita tersebut kemudian segera ke sekolah sebelum anaknya itu dibawa ke Hospital Ampuan Rahimah untuk rawatan.

Sementara itu Kementerian Pendidikan dilaporkan sudah menerima laporan awal kes buli murid tahun 2 yang disuruh gunting lidah di Klang.

Memetik laporan Harian Metro, setelah di desak, pelajar berusia lapan tahun itu menceritakan perkara sebenar.

“Budak darjah dua itu difahamkan dibuli oleh lima murid darjah tiga. Mereka mengarahkan mangsa memotong lidahnya, jika enggan, mereka akan membelasah mangsa.

“Dia (mangsa) yang takut dengan ugutan itu terus menggunting sebahagian lidahnya hingga mengakibatkan cedera,” katanya.

Ibu mangsa berkata kini anaknya berada dalam keadaan baik.

“Saya mengetahui perkara ini dari anak saya, tetapi saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Sebelum ini, gambar pelajar tersebut yang dalam keadaan kesakitan menjadi viral di media sosial sehinggakan menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai.

Menerusi gambar yang viral, sebahagian kecil bahagian hadapan lidah mangsa dilihat terpotong.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.