Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Harga perbaharui lesen motorsikal, kereta naik RM50?

Gambar kadar bayaran ‘terbaru' bagi lesen memandu yang diambil daripada laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menjadi viral di ruangan media sosial.

 

Mengikut gambar tersebut, kadar untuk lesen memandu kelas B (motorsikal) berharga RM20 manakala untuk lesen memandu kelas D RM30.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat lesen untuk kelas B dan kelas D kini perlu diperbaharui secara berasingan yang menjadi jumlah keseluruhan yang perlu dibayar sebanyak RM50 setahun.

Sebelum ini harga yang dikenakan untuk memperbaharui lesen kelas B dan kelas D hanya RM30 setahun untuk kedua-dua lesen tersebut.

Menurut laman web tersebut lagi, mana-mana pemegang yang telah disenarai hitam tidak dibenarkan untuk memperbaharui leman memandu mereka.

Last modified onJumaat, 25 Mac 2016 15:17

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.