Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Pokemon Eevee muncul sebelah menteri

 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed memuatnaik gambar dirinya di Melbourne, Australia bersama salah satu watak Pokemon, Eevee disisinya. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed memuatnaik gambar dirinya di Melbourne, Australia bersama salah satu watak Pokemon, Eevee disisinya.

Bukan sahaja lelaki dewasa, malah menteri juga terjebak sama dengan permainan Pokemon Go.

Satu jam yang lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed memuatnaik gambar dirinya di Melbourne, Australia bersama salah satu watak Pokemon, Eevee disisinya.

Gambar berkenaan menarik minat ramai netizen yang rata-rata kagum ekoran menteri berkenaan maklum berkenaan permainan tersebut.

"Tak sangka Eevee muncul di sebelah saya #pokemonGo," katanya memetik kapsyen gambar di Facebook beliau.

Gambar berkenaan mendapat 24 perkongsian dan 500 'like' dalam masa satu jam selepas dimuat naik.

Baru-baru ini, Nintendo melancarkan aplikasi permainan tersebut yang mana menjangkakan untuk dilancarkan ke 200 buah negara.

Buat masa ini, permainan tersebut baru dilancarkan di lima buah negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Britain dan Jerman.

Last modified onIsnin, 18 Julai 2016 02:23

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.