Dikemaskini 6:21 AM, 20 Apr, 2018
A+ A A-

Rendang Ayam 'Crispy' Kini Dalam Menu IKEA

Gara-gara isu ayam rendang ‘crispy’ yang mula tular sejak beberapa minggu lalu, kini peruncit perabot terbesar di dunia, IKEA merealisasikan menu tersebut.

 

IKEA Malaysia menerusi status di platform media sosial Facebooknya memperkenalkan Rendang Chicken Wings yang sudah mula dijual pada 13 April sehingga 30 April ini.

“Promosi ini bernilai RM18.90 untuk 6 ketul kepak ayam rendang dan boleh didapati di semua restoran IKEA bermula hari ini (13 April) sehingga 30 April 2018,” katanya.

Namun, menu tersebut mengundang pelbagai komen, ada yang teruja untuk mencuba menu itu dan ada juga yang berkata bahawa resipi asal ayam rendang sepatutnya dikekalkan.

Dalam pada itu, IKEA Singapura turut memperkenalkan menu yang sama bernilai $9 (RM26.60) untuk 6 ketul kepak ayam rendang.

Terdahulu, restoran makanan segera menggunakan kesempatan itu untuk mempromosikan produk makanan mereka.

Namun, selepas dikecam teruk oleh netizen gara-gara isu ayam rendang 'crispy', juri MasterChef UK akhirnya tampil memberikan penjelasan.

Gregg Wallace menjelaskan apa yang dimaksudkannya adalah rendang ayam yang dimasak peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin itu sebenarnya tidak masak, bukan garing. - Astro Gempak

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.