Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Gadis poster berang, tuntut permohonan maaf

Nurul Aida Azira Mohd Kassim, 19, berkata gambarnya digunakan tanpa pengetahuannya untuk mempromosikan gabungan parti itu dan dia menerima banyak mesej sejak penyebaran poster berkenaan. Nurul Aida Azira Mohd Kassim, 19, berkata gambarnya digunakan tanpa pengetahuannya untuk mempromosikan gabungan parti itu dan dia menerima banyak mesej sejak penyebaran poster berkenaan.

Gadis yang gambarnya disunting untuk tujuan 'kempen' parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Nurul Aida Azira Mohd Kassim, 19, berkata gambarnya digunakan tanpa pengetahuannya untuk mempromosikan gabungan parti itu dan dia menerima banyak mesej sejak penyebaran poster berkenaan.

"Dahlah curi gambar orang. Lepas tu buat poster tah apa-apa. Nak kempen, kempen jelah. Tak payahlah mengacah suruh orang jangan cari bini mudalah apalah.

"Aku rasa annoying malu pun ada. Kalau aku kena fitnah, korang nak bayar ke segala kerugian aku?

"Aku sabar dari mula gambar ni tersebar. Aku senyap aku sabar je tahan malu," katanya menerusi laman Twitter miliknya.

Menurut penuntut univerisiti itu, gambar tersebut yang dimuat naik di laman Instagramnya telah dicuri pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka.

"Suka suka hati kau nak guna gambar aku. Sumpah aku tak halalkan, makin benci pula aku dengan politik. Over the limitlah orang zaman sekarang," katanya.

Pada masa sama, Nurul Aida turut menuntut permohonan maaf daripada individu yang menyalahgunakan gambarnya.

"Kalau boleh aku nak orang yang edit curi gambar aku dekat Insta ni sendiri minta maaf," katanya.

Malah, gadis itu turut membuat laporan polis mengenai penyebaran poster politik menggunakan wajahnya itu.

"Untuk tahu benda sebenar pasal poster ini, saya buat laporan polis," katanya.

Baru-baru ini, poster memaparkan wajah seorang gadis manis memakai tudung biru muda dengan ayat berbaur jenaka "Bang... pilih biru muda saja tau bukan bini muda" menjadi tular di media sosial.

Ia antara ratusan poster politik yang tersebar di media sosial selepas tarikh pengundian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selasa lalu. -mStar Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.