Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Perang tudung logo parti hangatkan bahang RRU14

Walaupun Parlimen belum dibubarkan namun bahang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kian dirasai yang antaranya dihangatkan oleh peniaga tudung apabila semakin ramai melancarkan 'perang tudung' bercorakkan logo parti politik.

 

Jika semalam tular seorang peniaga menjual tudung bercorakkan logo parti politik dengan harga RM59 bagi sehelai tudung, hari ini beberapa peniaga lain turut berkongsi idea dan menjual tudung yang sama namun berlainan rekaan.

memetik laporan Utusan Malaysia, tinjauan di laman sosial mendapati kira-kira tiga buah syarikat sudah mengeluarkan tudung berlogokan parti politik dan idea kreatif mereka itu mendapat reaksi positif daripada pengguna laman sosial.

Ada yang berminat untuk membelinya dan ada juga yang bertanyakan adakah mereka dibenarkan memakai tudung tersebut ketika membuang undi nanti.

Malah, ada juga syarikat yang mengeluarkan tudung dengan rekaan yang memaparkan logo hampir kesemua parti politik utama negara termasuk MCA dan MIC.

Yang pasti, penjualan tudung itu mendapat sambutan menggalakkan apabila ramai pengguna meninggalkan komen untuk mengetahui harga tudung tersebut.

Selain tudung bercorak logo UMNO, turut dijual tudung menggunakan logo Puteri UMNO, Barisan Nasional (BN), Pas, PKR serta PAN. - Utusan Online

Last modified onKhamis, 29 Mac 2018 10:10

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.