Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Marah dengan Neelofa, wanita bakar semua koleksi tudung sampai jadi abu

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar – demikian gambaran yang diberikan oleh segelintir netizen susulan tular sebuah rakaman video memaparkan seorang wanita bertindak membakar kesemua koleksi tudung Naelofar Hijab miliknya gara-gara terlalu kecewa dengan pengasas tudung tersebut, Noor Neelofa Mohd Nor.

 

Wanita itu, Anne Zuraini bagaimanapun nampaknya seperti sudah bersedia menerima pelbagai tohmahan daripada netizen berhubung tindakan membakar tudung jenama tersebut yang disifatkan sebagai membazir meskipun dia berasa marah dengan pengacara dan usahawan terkenal itu.

“Peringatan untuk kamu yang bernama Neelofa, saya pernah minat kamu, pernah rasa macam kamu yang terbaik dan saya pernah terbeli tudung-tudung kamu ni...

“Tapi sebab kecewa sangat dengan kamu Lofa... sayang lah, kamu buat benda yang saya rasa sangat-sangat... macam mana saya nak cakap, saya benar-benar kecewa dengan kamu,” luah wanita itu dalam siaran langsung Facebook pada Isnin.

a dipercayai susulan kontroversi melanda Neelofa baru-baru ini yang melancarkan koleksi tudung terbaharunya di sebuah kelab malam terkenal di Kuala Lumpur, atas alasan lokasi berkenaan bertepatan dengan tema dan bajet yang diperuntukan.

Bagaimanapun selepas dikecam, dikritik dan ditegur, pihak pengurusan Naelofa Hijab dan Neelofa sendiri pada 28 Februari lalu akhirnya tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terguris dengan tindakan tersebut.

Dalam rakaman berdurasi tujuh minit itu, Anne membakar lebih kurang lapan helai tudung jenama Naelofar Hijab termasuk tudung kesayangannya beserta beg kertas dan resit pembayaran tudung tersebut.

“Ada orang kata ini (bakar tudung) membazir... tak ini bukan membazir, kalau saya buang pun nama (logo) Naelofar dekat tudung ni, tapi tetap tudung ni tudung Neelofa...,” katanya.

Dalam status berasingan, Anne turut menjelaskan dia lebih rela membakar tudung tersebut daripada bersedekah kepada orang lain kerana enggan si pemakai tudung tersebut nanti terus membawa nama Neelofa. - mD

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.