Dikemaskini 2:22 AM, 18 Dec, 2017
A+ A A-

VIDEO: Cakap kurang ajar, David Teo kena tampar depan PM

Mat Over atau nama sebenar beliau Sulaiman Yasin bertindak sedemikian apabila melihat David yang cuba bertindak biadap apabila mempersoalkan tindakan pengaraca majlis Datuk Rosyam Noor yang di dakwa bertindak tidak adil. Mat Over atau nama sebenar beliau Sulaiman Yasin bertindak sedemikian apabila melihat David yang cuba bertindak biadap apabila mempersoalkan tindakan pengaraca majlis Datuk Rosyam Noor yang di dakwa bertindak tidak adil.

Pengarah filem, David Teo ditampar pelakon komedi Mat Over selepas dikatakan bertindak kurang ajar di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mat Over atau nama sebenar beliau Sulaiman Yasin bertindak sedemikian apabila melihat David yang cuba bertindak biadap apabila mempersoalkan tindakan pengaraca majlis Datuk Rosyam Noor yang di dakwa bertindak tidak adil.

"Kau jangan cakap kurang ajar depan Perdana Menteri," kata Mat Over sebelum meluru dan melepaskan tumbukan padu ke muka David.

Terdahulu Najib berucap pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Segmen Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana.

Najib ketika menyampaikan ucapan berkata karyawan dan penggiat seni negara tidak harus dipinggirkan sebaliknya kedudukan mereka perlu diletakkan dalam arus perdana negara terutama menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menurt Perdana Menteri penggiat seni bukan setakat penghibur tetapi boleh memainkan peranan dalam menentukan hala tuju negara bukan sahaja daripada sudut memajukan industri kreatif dan hiburan.

"Penggiat seni boleh dijadikan idola dan ikutan. Jika penggiat seni mampu menjadi ikutan, mereka boleh bantu membentuk generasi akan datang untuk mengangkat martabat negara dan seterusnya dijadikan aspirasi negara.

"Pendekatan aspirasi negara sudah berubah dan era kerajaan mengetahui segalanya sudah berakhir di mana kini sudah tiba rakyat berkongsi minda dan aspirasi rakyat untuk membina kebersamaan antara kerajaan, " katanya pada sesi Dialog TN50 Perdana Menteri bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak serta Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Lebih 400 artis, karyawan dan penggiat seni tanah air hadir pada program dialog berkenaan dengan sesi dialog dikendalikan pelakon, Datuk Rosyam Nor.

Dalam pada itu, Najib berkata, dialog dan sesi bersama Perdana Menteri ini mencatat sejarah tersendiri kerana berjaya mengumpulkan begitu ramai penggiat seni dalam satu majlis.

Program diadakan bertujuan mendengar sebarang isu berbangkit berkaitan industri selain aspirasi dan harapan penggiat seni bagi tiga dekad akan datang menjelang TN50.

Antara artis dan penggiat seni ternama yang hadir termasuklah Datuk Yusof Haslam, Datuk D J Dave, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Norman Abd Halim, Datuk Nash, Nora Danish, Harith Iskander, Johan Rajalawak dan Zizan.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.