Dikemaskini 3:05 PM, 21 Oct, 2017
A+ A A-

VIDEO Muktamar: 'Harum manis' penghias di bahu-bahu jalan di Kedah

Kain-kain rentang tersebut telah dinaikkan dibeberapa kawasan di negeri Kedah seperti di Alor Setar dan Pokok Sena. Kain-kain rentang tersebut telah dinaikkan dibeberapa kawasan di negeri Kedah seperti di Alor Setar dan Pokok Sena.

Tiga pemimpin 'harumanis' PAS, ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Adun Anak Bukit, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah dan Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa didesak keluar daripada parti itu.

Kain-kain rentang tersebut telah dinaikkan dibeberapa kawasan di negeri Kedah seperti di Alor Setar dan Pokok Sena.

Kain rentang yang bertulis "HARUMANIS: LUAR HIJAU DALAM OREN" "SILA KELUAR DARI PAS!" itu dipercayai dibuat oleh akar umbi parti itu sendiri berdasarkan tulisan "Tuntutan Penyokong2 Kuat PAS" yang tertera di kain rentang yang sama.

Semenjak pascamuktamar ke-61 PAS, Mahfuz dilihat selalu bersikap sinikal dan tidak sehaluan dengan pimpinan PAS. 

Beliau sering hadir menyertai ceramah Parti Amanah Negara (AMANAH) yang sangat dimusuhi majoriti pimpinan PAS ketika ini.

Tindakan itu menyebabkan beliau digelar ahli "harum manis" dalam PAS - merujuk kepada buah mangga Perlis yang berwarna hijau di luarnya tetapi berisi jingga.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.