Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Masalah bateri punca Galaxy Note 7 terbakar - Samsung

Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat UL dan Exponent menjalankan siasatan terhadap bateri manakala TUV Rheinland dari Jerman menyiasat masalah rantaian pembuatan. Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat UL dan Exponent menjalankan siasatan terhadap bateri manakala TUV Rheinland dari Jerman menyiasat masalah rantaian pembuatan.

Selepas hampir tiga bulan menghentikan jualan telefon pintar model Galaxy Note 7, Samsung Electronics pada Isnin mendedahkan masalah kerosakan pada bateri menjadi penyebab utama telefon pintar keluaran syarikat itu terbakar, lapor agensi berita China Xinhua.

Pada satu sidang akhbar khas di ibu pejabatnya di Seoul, Samsung berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati masalah rekaan bateri dan rantaian dalam proses pembuatan dikesan sebagai penyebab Note 7 terbakar.

Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat UL dan Exponent menjalankan siasatan terhadap bateri manakala TUV Rheinland dari Jerman menyiasat masalah rantaian pembuatan.

Siasatan UL mendapati terdapat masalah pada fungsi positif dan negatif pada bateri telefon yang menjadi punca kepada litar pintas dalaman.

Menurut analisis dijalankan Exponent tiada masalah dikesan terhadap perkakasan dan perisian.

Sementara itu penemuan oleh TUV Rheindland mendapati tidak wujud kegagalan dalam hal berkaitan logistik dan proses pemasangan yang menyebabkan masalah.

Pada September tahun lepas, Samsung mengumumkan langkah menarik balik kira-kira 2.5 juta unit Galaxy Note 7 selepas beberapa unit telefon itu meletup atau terbakar. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.