Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Puteri Umno lapor polis berhubung dakwaan khalwat

Ketua Penerangan Haryaty Hamdzah berkata laporan itu dibuat susulan dakwaan seroang bekas ahli yang disiarkan sebuah portal berita pembangkang kononnya banyak berlaku kes khalwat setiap kali perhimpunan agung Umno berlangsung. Ketua Penerangan Haryaty Hamdzah berkata laporan itu dibuat susulan dakwaan seroang bekas ahli yang disiarkan sebuah portal berita pembangkang kononnya banyak berlaku kes khalwat setiap kali perhimpunan agung Umno berlangsung.

Puteri Umno membuat 2 laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini berikutan dakwaan ahlinya berkhalwat ketika Perhimpunan Agung Umno 2017 yang sedang berlangsung ketika ini.

Ketua Penerangan Haryaty Hamdzah berkata laporan itu dibuat susulan dakwaan seroang bekas ahli yang disiarkan sebuah portal berita pembangkang kononnya banyak berlaku kes khalwat setiap kali perhimpunan agung Umno berlangsung.

“Kenyataan yang melampau, menjejaskan imej parti dan kepercayaan rakyat. Ia juga menjejaskan imej ahli muda terutamanya dalam Puteri Umno, Pemuda dan sebagainya.

“Ini mewujudkan persepsi baharu bahawa persidangan buat benda tak betul. Harap pihak berkuasa buat siasatan kenyataan ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Turut membuat laporan polis di balai yang sama ialah Ketua Puteri Umno Klang Norhaslindawati Bujang.

Haryaty berkata Puteri Umno juga bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat fitnah itu jika ada keperluan.

Beliau berkata kenyataan bekas ahli Puteri Umno yang kini bersama PAS itu tidak berasas kerana ketika perhimpunan itu, Puteri Umno memberi fokus kepada kepada agenda parti.

Kira-kira 10,000 anggota Puteri Umno hadir pada perhimpunan yang berlangsung dari Selasa hingga Sabtu ini. -Bernama 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.