Dikemaskini 2:52 AM, 16 Jan, 2018
A+ A A-

Wanita Umno bukan lagi ibarat ‘mak cik-mak cik dapur’

Ketua Wanita Cawangan Kampung Sri Hujung, Bandar Tun Razak, Neng Hayati Hayatullah Md Ali berkata persepsi lapuk itu, termasuk kononnya Wanita Umno hanya memenuhkan dewan orang ramai dan kaki borak itu kini ditepis dengan hasil kerja keras jentera pergerakan itu yang tidak mengenal musim berkempen. Ketua Wanita Cawangan Kampung Sri Hujung, Bandar Tun Razak, Neng Hayati Hayatullah Md Ali berkata persepsi lapuk itu, termasuk kononnya Wanita Umno hanya memenuhkan dewan orang ramai dan kaki borak itu kini ditepis dengan hasil kerja keras jentera pergerakan itu yang tidak mengenal musim berkempen.

Wanita Umno bukan lagi ibarat ‘mak cik-mak cik dapur’ atau ‘kaki copy paste group WhatsApp sebelah’ malah kini mampu mencari rangkaian hubungan dalam mendekati akar umbi bagi menjamin kejayaan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak, kata pemimpin akar umbi pergerakan tersebut.

Ketua Wanita Cawangan Kampung Sri Hujung, Bandar Tun Razak, Neng Hayati Hayatullah Md Ali berkata persepsi lapuk itu, termasuk kononnya Wanita Umno hanya memenuhkan dewan orang ramai dan kaki borak itu kini ditepis dengan hasil kerja keras jentera pergerakan itu yang tidak mengenal musim berkempen.

“Wanita baik di cawangan dan bahagian tidak perlu tunggu musim pilihan raya, kami telah bergerak seperti biasa ke pasar, pusat tumpuan orang ramai, majlis keraian, memenuhi undangan dan sebagainya.

“Kami dekati semua kelompok, tidak kira penyokong atau mereka yang berada di atas pagar. Persepsi lapuk itu menjadi batu loncatan untuk kita bekerja lebih keras dalam mendekati akar umbi,” katanya kepada Bernama.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti sewaktu merasmikan persidangan sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bersempena Perhimpunan Agung Umno 2017, telah menetapkan sasaran kepada anggota parti untuk BN menguasai semula dua pertiga kerusi di Parlimen dan bukan hanya sekadar menang mudah.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno Silam (Sabah), Mizma Appehdullah berkata Wanita Umno kini semakin berani berdikari dan tidak perlu menunggu signal untuk turun padang berdasarkan keyakinan yang dibina menerusi pelbagai pertemuan dan hubungan bersama masyarakat sekitar.

Beliau berkata antaranya menerusi perniagaan dalam talian, forum, persidangan dan diskusi yang mana keseluruhan rangkaian ini memberikan peluang kepada Wanita Umno untuk mendekati pelbagai lapisan pengundi.

“Ini penting untuk meniup roh semangat jentera sewaktu PRU nanti. Malah, apabila keyakinan itu sudah digenggam, ia mampu menjadi benteng kepada apa jua serangan sewaktu melayari bahtera parti menuju kejayaan dua pertiga kelak, insya-Allah,” katanya.

Senada dengannya, Timbalan Ketua Umno Sungai Petani, Kedah Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata pemimpin yang kebanyakannya lelaki ketika ini memerlukan wanita yang taat dan mampu bekerja keras demi kelangsungan parti, organisasi dan mana-mana kumpulan sekalipun.

Jelasnya, wanita muda berpendidikan dan bekerjaya dalam Umno perlu diserap dengan lebih banyak dan diberi peluang untuk bersuara di mana-mana platform dalam membuktikan golongan itu juga mampu bekerja keras seperti lelaki.

“Di universiti, wanita muda semakin ramai menjadi pemimpin, hanya perlu diberi peluang dan tunjuk ajar. Malah, saya fikir, tidak menjadi masalah untuk membawa suara wanita lebih banyak ke Dewan Negara kerana pengalaman saya, kuota Wanita memang perlu ditambah.

“Ini kerana kita membawa isu-isu rakyat yang jarang disentuh seperti ibu tunggal, gelandangan dan kos sara hidup walhal isu ini menjadi buah mulut orang ramai,” katanya.

Perhimpunan agung Umno 2017 berlangsung selama lima hari sejak Selasa. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.