Dikemaskini 3:01 AM, 26 Apr, 2018
A+ A A-

JDT beri duit kemenangan Piala Malaysia kepada mangsa banjir

Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim mengumumkan perkara itu melalui laman Facebook Johor Southern Tigers. Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim mengumumkan perkara itu melalui laman Facebook Johor Southern Tigers.

Kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) akan memberikan duit hadiah kemenangan Piala Malaysia yang dimenangi Sabtu lalu kepada mangsa banjir Pulau Pinang.

Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim mengumumkan perkara itu melalui laman Facebook Johor Southern Tigers.

“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.

“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang,” kata kenyataan itu.

Sabtu lalu, JDT menjuarai Piala Malaysia selepas mengalahkan penyandang juara musim lalu Kedah 2-0 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Selangor.

Kebanyakan kawasan di Pulau Pinang terjejas ekoran hujan lebat pada 4 dan 5 Nov lalu yang menyaksikan bencana banjir antara yang paling teruk pernah terjadi di negeri itu.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.