Dikemaskini 2:18 AM, 25 Nov, 2017
A+ A A-

Khairy pertahan JDT, mahu bekas pemain kebangsaan 'berehat di musium'

Khairy turut mempertahankan JDT dari kritikan beberapa orang bekas pemain kebangsaan yang menuding jari terhadap kelab tersebut, menyifatkan dakwaan yang dilemparkan sebagai kurang tepat malah tidak masuk akal. Khairy turut mempertahankan JDT dari kritikan beberapa orang bekas pemain kebangsaan yang menuding jari terhadap kelab tersebut, menyifatkan dakwaan yang dilemparkan sebagai kurang tepat malah tidak masuk akal.

Pasukan bola sepak gergasi tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan punca utama yang menyaksikan kemerosotan ranking dan prestasi skuad kebangsaan, menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy turut mempertahankan JDT dari kritikan beberapa orang bekas pemain kebangsaan yang menuding jari terhadap kelab tersebut, menyifatkan dakwaan yang dilemparkan sebagai kurang tepat malah tidak masuk akal.

Malah, Khairy tidak menolak kemungkinan bahawa serangan yang dibuat terhadap JDT berpunca dari iri hati dengan kejayaan JDT dan mahu menyindir Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim .

“Pandangan itu memang tidak masuk akal. Adakah kalau pasukan Sepanyol kalah kita nak salahkan Barcelona atau Real Madrid? Sepatutnya kita terus memberikan galakkan kepada pasukan negeri dan kelab lain untuk mencontohi dan menjadi seperti JDT.

“Memang adakalanya pemain kebangsaan terpaksa berada di bangku simpanan tetapi mereka terdedah kepada kejohanan yang tidak disertai pasukan lain seperti Piala AFC dan sebagainya.

“Jadi, bagi saya dakwaan itu datangnya daripada mereka yang iri hati dan mungkin ada agenda tersirat ingin menyindir kepemimpinan FAM.

“Seperti mana saya nyatakan sebelum ini, kita kena terus bagi sokongan kepada FAM. Masalahnya peminat bola sepak kita sekarang mahu melihat kejayaan datang terlalu cepat. Bila kita mengharap kejayaan datang terlalu cepat maka itu akan menjadi masalah utama kepada bola sepak negara,” Khairy dipetik sebagai berkata dalam Harian Metro Online.

Kritikan Khairy ini dibuat sehari selepas bekas pemain skuda Olimpik Moscow 1980, Datuk Jamal Nasir yang mengenalpasti JDT sebagai antara penyebab kemerosatan ranking dan prestasi skuad bola sepak kebangsaan yang dikenali sebagai Harimau Malaya.

Menurut beliau, penghijrahan beramai-ramai pemain tonggak skuad Harimau Malaya ke JDT menyebabkan sebilangan dari mereka sekadar memanaskan bangku simpanan, sekaligus menyebabkan prestasi mereka merudum.

Jamal berkata tindakan JDT 'menyapu bersih' semua pemain elit tempatan yang beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia hanya akan merugikan skuad kebangsaan.

Untuk rekod, Jamal bukanlah bekas pemain kebangsaan mahupun peminat bola sepak tempatan yang berpendapat sedemikian.

Khairy bagaimanapun menggesa semua bekas pemain kebangsaan supaya berhenti mengkritik JDT dan pengurusan FAM berhubung prestasi dan ranking semasa skuad itu.

“Saya berharap suara-suara bekas pemain kebangsaan berhenti daripada terus lantang mengkritik Tunku Ismail dan FAM biarpun kita hargai pandangan mereka sebagai orang lama.

“Pada saya, mereka sepatutnya berehat di ‘muzium’, berilah generasi baharu mengendalikan bola sepak negara,” katanya lagi.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.