Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

JDT punca ranking Harimau Malaya menjunam

Menurut bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail, prestasi pemain utama Harimau Malaya dilihat menurun selepas menyertai JDT berbanding dengan prestasi mereka sebelum menyertai kelab di selatan tanah air tersebut. Menurut bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail, prestasi pemain utama Harimau Malaya dilihat menurun selepas menyertai JDT berbanding dengan prestasi mereka sebelum menyertai kelab di selatan tanah air tersebut.

Kemerosotan prestasi dan ranking Harimau Malaya sekali lagi dikaitkan dengan pasukan gergasi tempatan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menandatangani ramai pemain bintang tempatan.

Menurut bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail, prestasi pemain utama Harimau Malaya dilihat menurun selepas menyertai JDT berbanding dengan prestasi mereka sebelum menyertai kelab di selatan tanah air tersebut.

Beliau yang merupakan salah seorang pemain skuad Olimpik Moscow 1980 berkata tindakan ‘menyapu bersih’ semua pemain hebat tempatan merugikan pasukan negara kerana sebilangan mereka sekadar memanaskan bangku simpanan.

“Kita faham komitmen JDT yang beraksi dalam pelbagai kejohanan tempatan serta Piala AFC di mana mereka memerlukan ramai pemain untuk digunakan.

“Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita lihat mereka tetap menurunkan pemain sama dan import sama dalam setiap aksi.

“Mana perginya pemain bintang tempatan yang suatu ketika cukup menyerlah bersama pasukan lama. Tapi sebaik ke sana (JDT), mereka jarang bermain dan akhirnya sentuhan juga turut hilang.

“Jadi persoalan saya, mampukah mereka ini menyumbang kepada pasukan jika di kelab pun mereka jarang bermain. Mungkin ramai tak sedar perkara ini. Memang JDT hebat, tetapi adakah kehebatannya membantu pasukan Malaysia?” Jamal dipetik sebagai berkata Harian Metro Online.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan semangat pemain masa kini yang mengutamakan duit.

“Patutnya kelab berperanan untuk membantu negara memiliki sebuah pasukan kebangsaan yang kuat. Bagaimanapun, situasi itu berlawanan di sini apabila kelab dan pasukan lebih mengutamakan kepentingan diri.

“Pemain sekarang tak kisah kalau ‘diperap’ lama-lama pun asalkan gaji tinggi. Bila lama tak main, kesannya pula terpalit kepada pasukan kebangsaan,” katanya lagi.

Beliau turut berpandangan supaya lebih ramai pemain muda diberi peluang untuk mewakili Harimau Malaya.

Ini bukan kali pertama terdapat pihak yang menuding jari kepada JDT berkenaan isu bola sepak skuad kebangsaan.

Harimau Malaya kini berada pada kedudukan 170 dari 209 negara berdaftar dengan Fifa.

Last modified onJumaat, 20 Oktober 2017 11:44

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.