Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

Annuar Musa 'selar' individu berebut jawatan Kafa

Jelas beliau, ada beberapa 'bakal penjawat' membuat kenyataan berbaur 'populis' dan 'main angin' tetapi menegaskan calon-calon tersebut bakal berdepan realiti sebenar apabila mereka mengisi jawatan tertinggi itu nanti. Jelas beliau, ada beberapa 'bakal penjawat' membuat kenyataan berbaur 'populis' dan 'main angin' tetapi menegaskan calon-calon tersebut bakal berdepan realiti sebenar apabila mereka mengisi jawatan tertinggi itu nanti.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan seolah-olah berlaku perebutan bagi jawatan tertinggi badan induk bola sepak negeri itu.

Jelas beliau, ada beberapa 'bakal penjawat' membuat kenyataan berbaur 'populis' dan 'main angin' tetapi menegaskan calon-calon tersebut bakal berdepan realiti sebenar apabila mereka mengisi jawatan tertinggi itu nanti.

"Barang siapa menganggap tugas ini mudah, mereka bakal bertemu situasi sebenar. Saya telah menyaksikan ramai yang berdegar-degar dan "tang tum tang tum" dalam akaun Facebook dan media tapi akhirnya bayar pun tidak. Tinggallah yang memimpin terkapai-kapai nak cari wang berjuta.

"Soal cari wang untuk bola tersangatlah sukar. Kalau penjawat tidak sanggup memastikan untuk presiden mengikhtiarkan RM5 juta, timbalan RM2 juta, naib presiden RM1 juta (seorang) dan exco sekurang-kurang RM500,000 (seorang). Nasihat ikhlas saya tak perlulah berebut jawatan.

"Itu dari pengalaman. Bola sepak profesional sekarang yang memikul nama negeri tanpa tajaan negeri hanya Kelantan!... dan ia amat sukar. Selamat berbakti kepada semua bakal saf exco baharu. Semoga berjaya," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Tegas Annuar, beliau menolak bertanding jawatan kerusi panas itu kerana mahu memberi lalun kepada individu lain untuk menguruskan Kafa.

Malah katanya, beliau bersetuju kongres pemilihan diawalkan setahun agar segala kemelut yang melanda pasukan dapat ditangani segera.

"Sudah hampir setahun saya tinggalkan jawatan presiden dan buka laluan seluas-luasnya kepada orang lain urus Kafa. Tapi sedih melihat tiada yang mahu menaja, pasukan semakin merosot, hutang bertambah dan pengurusan tidak lagi seperti dulu.

"Sebab itu saya bersetuju pemilihan disegerakan dan diawalkan agar tindakan segera dapat dibuat. Kita nak tengok keadaan menjadi baik seperti mana sesetengah menulis di akaun Facebook dan WhatsApp masing masing," katanya.

Pada Isnin, Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor mengesahkan Annuar dicalonkan bersama empat calon lain sekali gus menyaksikan pertandingan lima penjuru bagi jawatan presiden.

Namun dalam reaksi balasnya, Annuar menyatakan pendirian untuk tidak bertanding jawatan tersebut meskipun mendapat pencalonan bagi kerusi panas itu.

Selain Ahli Parlimen Ketereh itu, empat individu lain yang turut dicalonkan adalah dua Naib Presiden Kafa, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Datuk Rosmadi Ismail; Pengerusi Chengal Jati Sdn Bhd Datuk Ir Shaari Hassan dan Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu Bibi Ramjani Ilias Khan.

Barisan kepimpinan baharu bagi penggal 2017-2021 akan ditentukan pada kongres tahunan Kafa yang berlangsung 17 September ini. -mStar Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.