Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

TMJ kurang setuju FMLLP hentikan sementara Liga M

Sehubungan itu Tunku Ismail mencadangkan agar pentadbir Liga Malaysia, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan FAM berbincang mencari penyelesaian terbaik untuk tempoh jangka panjang. Sehubungan itu Tunku Ismail mencadangkan agar pentadbir Liga Malaysia, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan FAM berbincang mencari penyelesaian terbaik untuk tempoh jangka panjang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata Liga Malaysia tidak sepatutnya dihentikan bagi memberi laluan kepada skuad Bawah 22 (B-22) negara menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

"Hanya negara kita sahaja yang menghentikan perjalanan liga semata-mata bagi memberi laluan kepada skuad muda negara berbanding negara lain namun mereka masih boleh meneruskan aksi liga seperti biasa dan itu adalah pandangan saya," katanya pada sidang media, di sini Ahad.

Sehubungan itu Tunku Ismail mencadangkan agar pentadbir Liga Malaysia, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan FAM berbincang mencari penyelesaian terbaik untuk tempoh jangka panjang.

Terdahulu, Tunku Ismail menghadiri perjumpaan dengan skuad B-22 negara yang turut disertai skuad bola sepak wanita, skuad futsal lelaki dan wanita negara, Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi serta Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Media sebelum ini melaporkan bahawa FMLLP mengambil keputusan untuk menangguhkan saingan Liga Malaysia buat sementara bagi memberi laluan kepada ketua jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee membuat persediaan untuk menghadapi acara bola sepak Sukan SEA 2017.

Acara bola sepak dijadualkan dari 14 hingga 29 Ogos ini.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor turut mengulas isu jadual perpindahan pemain yang disifatkannya kurang sesuai sehingga menyebabkan pasukan membeli pemain yang kurang berkualiti.

“Kami perlukan beberapa bulan untuk kaji perkara ini namun kita boleh lakukan sekarang dan mungkin memperoleh penyelesaian pada mesyuarat exco akan datang,” katanya. -Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.