Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Stadium JDT siap awal 2018

Kelewatan berkenaan adalah disebabkan beberapa perubahan yang dilakukan atas arahan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. -Foto Facebook Johor Southern Tigers Kelewatan berkenaan adalah disebabkan beberapa perubahan yang dilakukan atas arahan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. -Foto Facebook Johor Southern Tigers

Stadium baru Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) akan siap pada Januari 2018 iaitu lewat enam bulan dari jangkaan awal.

Kelewatan berkenaan adalah disebabkan beberapa perubahan yang dilakukan atas arahan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Baginda mahu pastikan arah sinaran cahaya matahari 90% atau 100% menghala ke padang untuk pertumbuhan rumput yang baik.

"Beberapa rekaan juga mengalami sedikit perubahan kerana baginda mahukan stadium baru itu nanti menjadi stadium yang terbaik di negara ini," memetik kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Souther Tigers.

Dalam perkembangan yang sama, TMJ juga meminta untuk kontraktor tidak tergesa-gesa dalam menyiapkan stadium berkenaan ekoran beliau mahukan hasil yang terbaik untuk stadium baru tersebut.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.