Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Chong Wei, anda memang wira kami!

Pemain veteran negara, Datuk Lee Chong Wei melakar momen indah pada kejohonan terakhir yang ditandinginya di temasya suukan Komenwel Gold Coast apabila berjaya merangkul pingat emas, sebentar tadi.

 

Chong Wei, 35, menewaskan pemain nombor 1 dunia, K.Srikanth dari India dalam pertarungan tiga set dengan mata 19-21, 21-14, 21-14 di Carrara Sports and Leisure Centre.

Kemenangan itu dilihat sebagai pertarungan 'balas dendam' selepas pernah kalah ditangan pemain muda India ketika perlawangan berpasukan campuran minggu lalu.

Untuk rekod, kemenangan ini adalah pingat emas kelima menerusi tiga edisi sukan Komenwel.

Beliau sebelum ini pernah memenanginya di Komenwel 2006 di Melbourne dan di New Delhi pada 2010 menerusi acara perseorangan dan berpasukan campuran.

Kemenangan diraih Chong Wei tidak datang dengan mudah selepas Srikanth berjaya memenangi perlawanan pada set pertama.

Beliau bagaimanapun tampil bersembangan dengan memenangi set kedua dan mengheret perlawanan ke set ketiga sebelum menumpaskan juara dunia berusia 25 tahun itu.

Kemenangan Chong Wei sekali gus menambah koleksi pingat emas Malaysia menjadikan kesemuanya sebanyak 6 pingat emas.

 

Last modified onAhad, 15 April 2018 11:23

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.