Dikemaskini 6:21 AM, 20 Apr, 2018
A+ A A-

SUKOM: Chong Wei bertemu Srikanth pada perlawanan akhir

Chong Wei, yang kini menduduki ranking ketujuh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan bertemu pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India. Chong Wei, yang kini menduduki ranking ketujuh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan bertemu pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India.

Datuk Lee Chong Wei hari ini menempah tiket ke perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2018, yang akan berlangsung esok.

Beliau mengambil masa 58 minit untuk mengalahkan pemain India H.S. Prannoy 21-16, 9-21, 21-14 pada perlawanan separuh akhir di Carrara Sports and Leisure Centre di sini.

Chong Wei, yang kini menduduki ranking ketujuh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan bertemu pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Srikanth hanya mengambil masa 31 minit untuk menundukkan pemain England Rajiv Ouseph dengan 21-10, 21-17. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.