Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

M'sia raih pingat emas dan perak Sukan Komanwel 2018 hari ini

Dalam aksi final yang berlangsung di Broadbeach Bowls Club di Gold Coast, Siti Zalina Ahmad bergandingan dengan Emma Firyana Saroji yang bermula agak longlai pada tiga ends pertama ketinggalan 7-0 kepada gandingan Nicolene Neal dan Colleen Piketh. Dalam aksi final yang berlangsung di Broadbeach Bowls Club di Gold Coast, Siti Zalina Ahmad bergandingan dengan Emma Firyana Saroji yang bermula agak longlai pada tiga ends pertama ketinggalan 7-0 kepada gandingan Nicolene Neal dan Colleen Piketh.

Skuad boling padang negara meraih emas acara pairs wanita selepas menewaskan Afrika Selatan 15-14 di Sukan Komanwel 2018 hari ini.

Dalam aksi final yang berlangsung di Broadbeach Bowls Club di Gold Coast, Siti Zalina Ahmad bergandingan dengan Emma Firyana Saroji yang bermula agak longlai pada tiga ends pertama ketinggalan 7-0 kepada gandingan Nicolene Neal dan Colleen Piketh.

Gandingan negara yang sedikit pun tidak goyah mula mengutip mata demi mata sehingga ends ke-10 dan masih ketinggalan 3-12.

Bermula dari situ, pasangan negara mula mengutip mata dan merapatkan jurang pada ends ke-16, selepas berjaya mengutip empat mata untuk meletakkan Malaysia dengan kedudukan 12-13 sebelum menamatkan semua 18 ends dengan 15-14.

Ini merupakan pingat emas pertama dalam acara pairs di temasya Sukan Komanwel.

Ia merupakan pingat emas keempat buat kontinjen negara dan emas yang dinanti-nantikan skuad boling padang.

Sementara itu, dalam aksi di Coomera Indoor Sports and Leisure Centre hari ini, Koi Sie Yan sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang dan bertenaga apabila mengumpul 13.850 mata.

Pingat emas acara itu menjadi milik gimnas dari Kanada, Sophie Crane selepas mengumpul 13.950 mata manakala pingat gangsa diraih gimnas Cyprus yang mendapat 13.550 mata.

Seorang lagi gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng gagal mendapat sebarang pingat apabila berakhir di kedudukan keempat dengan 13.350 mata.

Sie Yan telah mengumpul tiga pingat perak melalui acara berpasukan, acara bola individu dan acara belantan individu.- Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.