Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Yee Khie raih perak dalam powerlifting

Atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie meraih pingat perak dalam acara powerlifting heavyweight lelaki pada Sukan Komanwel 2018, di Gold Cost.

 

Dalam final di Carrara Sports and Leisure Centre semalam, Yee Khie mengangkat bebanan 188.7kg untuk tempat kedua dan pingat emas menjadi milik Abdul Azeez Ibrahim dari Nigeria yang mengangkat bebanan 191.9kg sementara Sachin Chaidhary dari India mendapat perak menerusi angkatan bebanan 181kg.

“Saya menyasarkan sebutir pingat, tidak kira warna apa, saya cuba yang terbaik kerana sebelum datang ke sini, saya sasarkan angkatan seberat 215kg,” kata pendandan rambut dari Batu Kawa, Kuching, Sarawak itu kepada pemberita.

Ketua Jurulatih Powerlifting negara, Jamil Adam melihat ini adalah persembahan cemerlang Yee Khie dan beliau yakin atlet ini mampu memberi lebih banyak pingat pada Sukan Para Asia.

“Kami berhabis-habisan hari ini. Kami kalah kerana berat badan tetapi Yee Khie telah mempamerkan peningkatan yang ketara,” katanya..

Jamil berkata:“Ini satu kejayaan untuk rakyat Malaysia dan khususnya untuk atlet para. Ini adalah satu pencetus semangat untuk Yee Khie pergi lebih jauh.”

Sementara itu, seorang lagi atlet powerlifting Malaysia Bonnie Bunyau Gustin menduduki tempat keempat dalam penyertaan sulungnya di Sukan Komanwel.

Walaupun terlepas pingat gangsa, atlet berusia 18 tahun dari Sarawak itu memecahkan rekod peribadinya, iaitu angkatan seberat 157kg dalam Kejohanan Powerlifting Remaja Para Dunia, sebanyak dua kali dengan angkatan 161kg dan 166kg dalam kategori lightweight lelaki.

“Saingan pada hari ini sangat sengit, lebih-lebih lagi perlu bersaing dengan atlet-atlet yang pernah merangkul pingat emas dalam temasya paralimpik sebelum ini.

Ini adalah Sukan Komanwel pertama saya dan harus diakui, banyak pengalaman berharga yang saya dapat di sini. Saya juga berjaya pecahkan rekod dunia remaja dan peribadi dengan melakukan angkatan 166kg," katanya.

Bonnie berkata:“Saingan pada hari ini sangat sengit, lebih-lebih lagi perlu bersaing dengan atlet-atlet yang pernah merangkul pingat emas dalam temasya paralimpik sebelum ini.

Ini adalah Sukan Komanwel pertama saya dan harus diakui, banyak pengalaman berharga yang saya dapat di sini. Saya juga berjaya pecahkan rekod dunia remaja dan peribadi dengan melakukan angkatan 166kg."

Atlet Nigeria, memenangi pingat emas dan perak dalam acara ini menerusi Roland Ezuruike dan Paul Kehinde sementara Ali Jawad dari England menerima gangsa. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.