Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Lot tanah, wang tunai menanti Azroy

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata kejayaan atlet kelahiran Rompin itu amat membanggakan, tambahan pula Azroy muncul atlet pertama menyumbang emas kepada negara dalam acara snatch 56kg di Arena Sukan Carrara, Gold Coast. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata kejayaan atlet kelahiran Rompin itu amat membanggakan, tambahan pula Azroy muncul atlet pertama menyumbang emas kepada negara dalam acara snatch 56kg di Arena Sukan Carrara, Gold Coast.

Kerajaan Pahang mempertimbangkan untuk memberi insentif berbentuk lot tanah dan wang tunai sebagai hadiah kepada atlet angkat berat negara, Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad yang berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel di Australia, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata kejayaan atlet kelahiran Rompin itu amat membanggakan, tambahan pula Azroy muncul atlet pertama menyumbang emas kepada negara dalam acara snatch 56kg di Arena Sukan Carrara, Gold Coast.

"Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan jutaan syabas dan terima kasih kepada Azroy atas pencapaiannya itu. Syabas juga kepada jurulatih yang bekerja keras membentuk juara dari daerah di Pahang.

"Kejayaan Azroy itu berjaya mengekalkan imej Rompin sebagai daerah yang melahirkan 'badang' sekali gus mengekalkan status Rompin sebagai daerah yang terkenal dengan sukan angkat berat," katanya ketika ditemui Bernama di Rompin.

Mohd Johari berkata insentif yang sama pernah diberikan kepada juara silat dunia berasal dari Bukit Setongkol di Kuantan, Mohd Al Jufferi Jamari dan jurulatih silat kebangsaan, Nasri Nasir dari Temerloh.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam membangunkan sukan angkat berat di Rompin dengan pelbagai insentif dan program sejak 1994.

"Perkembangan sukan angkat berat di daerah ini amat baik sekali dan pencapaian cemerlang ini terbukti dalam tempoh 10 tahun ini.

"Segala pengorbanan oleh atlet dan jurulatih serta peruntukan yang diberikan kepada sukan ini membuahkan hasil dan saya berharap Rompin akan terus melahirkan jaguh angkat berat secara konsisten," katanya. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.