Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Beregu campuran negara juara Terbuka Jerman

Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai menampilkan aksi terpuji apabila muncul juara kejohanan badminton Terbuka Jerman selepas menewaskan gandingan Denmark Niclas Nohr-Sara Thygesen 21-14, 22-20 pada aksi final, malam Ahad.

 

Kemenangan dalam masa 47 minit perlawanan itu juga meneruskan rentak cemerlang pasangan berkenaan selepas kejayaan mengungguli Kejohanan Badminton Kebangsaan, bulan lepas.

Terdahulu, Goh-Shevon melangkah ke final setelah menundukkan pilihan kelapan dari Korea Selatan, Choi Solgyu-Chae Yoo Jung dalam pertarungan sengit 23-21, 23-25, 21-13 pada aksi separuh akhir, demikian menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com.

Selepas ini, pasangan Malaysia itu yang kini menghuni ranking ke-10 dunia, akan beraksi pada kejohanan Seluruh England yang bakal berlangsung dari 14 hingga 18 Mac ini. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.