Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Jun Hoong-Pandelela raih pingat perak di Beijing

Pasangan penerjun negara itu mengumpul 312 mata untuk memenangi pingat perak acara 10m platform berirama wanita di National Aquatics Center-Water Cube, demikian menurut laman sesawang rasmi FINA, www.fina.org. Pasangan penerjun negara itu mengumpul 312 mata untuk memenangi pingat perak acara 10m platform berirama wanita di National Aquatics Center-Water Cube, demikian menurut laman sesawang rasmi FINA, www.fina.org.

Ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong memulakan musim 2018 dengan langkah kanan apabila meraih pingat perak pada kejohanan Siri Dunia Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) 2018 di Beijing, semalam.

Pasangan penerjun negara itu mengumpul 312 mata untuk memenangi pingat perak acara 10m platform berirama wanita di National Aquatics Center-Water Cube, demikian menurut laman sesawang rasmi FINA, www.fina.org.

Gandingan tuan rumah Zhang Jiaqi/Zhang Minjie meraih pingat emas setelah mengumpul 368 mata, manakala pasangan Taneka Kovchenko/Melissa Wu dari Australia memenangi gangsa dengan 299 mata pada pusingan pertama Siri Dunia itu.

Sementara itu dalam saingan akhir acara 3m papan anjal berirama wanita, Leong Mun Yee/Nur Dhabitah Sabri sekadar menduduki tempat kelima setelah mengutip 283 mata.

Tuan rumah China meneruskan penguasaan pada kejohanan itu apabila pasangan Chen Yiwen/ Wang Han memenangi pingat emas dengan mengutip 336 mata, manakala Anabelle Smith/Esther Qin dari Australia (298 mata) dan gandingan Kanada Jennifer Abel/Melissa Citrini-Beaulieu (293 mata), masing-masing meraih perak dan gangsa.

Nur Dhabitah akan beraksi dalam acara 3m papan anjal wanita, esok.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong, atas pencapaian mereka itu.

“Tahniah @cheongjunhoong & @Pandelela_R kerana memenangi pingat perak dalam Siri Dunia! #NegarakuKebanggaanku,” kata Najib dalam Twitter beliau malam tadi. - Bernama

Last modified onSabtu, 10 Mac 2018 11:10

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.