Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

'Tolak kati dacing dan bulan untuk selamat negara'

Dahulu Umno tidak pernah kutuk pembantu-pembantu mana-mana parti. Tetapi sekarang bantu Umno dan BN boleh. Curi duit untuk pilihan raya pun boleh. Tetapi parti lawan tak boleh terima derma pun. Dahulu Umno tidak pernah kutuk pembantu-pembantu mana-mana parti. Tetapi sekarang bantu Umno dan BN boleh. Curi duit untuk pilihan raya pun boleh. Tetapi parti lawan tak boleh terima derma pun.

Ternampak marah sungguh Umno kepada jutawan, Robert Kuok kerana kononnya dia menghulur bantuan wang kepada DAP.

Undang-undang manakah yang dilanggar oleh Robert Kuok? Setakat yang saya tahu siapa sahaja boleh bantu mana-mana parti politik.

Dahulu Umno tidak pernah kutuk pembantu-pembantu mana-mana parti. Tetapi sekarang bantu Umno dan BN boleh. Curi duit untuk pilihan raya pun boleh. Tetapi parti lawan tak boleh terima derma pun.

Untuk sekat parti lawan dari mendapat bantuan kewangan jentera kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan badan pencegah rasuah diguna oleh Umno dan Najib untuk ugut sesiapa yang mungkin bantu parti lawan.

Mereka dipaksa bayar cukai pendapatan tambahan yang tidak sah, dituduh kononnya cuba bersih duit (money laundering) walaupun tidak ada bukti. Premis mereka digeledah, buku akaun dirampas. Pasport pun dirampas.

Tetapi duit 1MDB dan RM 2.6 billion dalam akaun peribadi Najib yang dikatakan derma dari orang tidak disiasat, tidak dituduh salah. Sebaliknya Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dakwa tidak ada salahlaku oleh Najib.

Sekarang expo diadakan oleh Umno di seluruh negara dengan rumah dan motorsikal sebagai hadiah nombor bertuah. Diadakan apabila pilihan raya dekat menjadikan agihan ini satu jenis rasuah. Tetapi tidak ada siasatan oleh SPRM atau polis.

Rakyat, pengundi perlu sedar duit dan hadiah ini bukan dari Umno atau Najib. Ada bukti yang duit ini diseleweng dari duit 1MDB. Duit kerajaan juga terlibat.

Peruntukan untuk kementerian dan pentadbiran dipotong dan diguna untuk tumbuk rusuk pengundi.

Duit kerajaan datang dari cukai ke atas rakyat – seperti GST umpamanya.

Rakyat boleh ambil balik duit mereka yang disalahguna oleh Najib dan Umno. Tetapi jangan bagi undi kepada BN. Apa sebab kita nak terhutang budi apabila duit kita dibagi balik kepada kita.

PAS bertanding bukan untuk menang. PAS bertanding untuk tarik undi penentang Umno supaya tidak pergi kepada Pakatan Harapan.

PAS kafirkan Umno. Kata PAS kalau bekerjasama dengan kafir akan jadi kafir. Sekarang kerjasama PAS dengan Umno bukan untuk kemenangan PAS. Ia untuk kemenangan Umno.

Kalau kerjasama dengan kafir jadi kafir, PAS jadi apa apabila tolong Umno menang. Dahulu PAS kerjasama dengan DAP. Tahaluf Siyasi konon. Tukar perkataan Melayu kepada Arab tidak menjadi sesuatu yang salah tidak salah.

Jangan undi Bulan. Tolak kati (dacing) dan bulan untuk selamat negara. Dacing dan bulan adalah simbol penipuan.

 

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

 Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian editorial Smasa News.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.