Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Bekas penjaga gol negara Chow Chee Keong meninggal dunia

Chow yang merupakan antara penjaga gol terbaik negara, membuat penampilan sulung di pentas antarabangsa ketika berusia 15 tahun, pada 1965 dan beraksi bersama Datuk M Chandran, N Thanabalan dan beradik Quah – Kim Siak serta Kim Swee. Chow yang merupakan antara penjaga gol terbaik negara, membuat penampilan sulung di pentas antarabangsa ketika berusia 15 tahun, pada 1965 dan beraksi bersama Datuk M Chandran, N Thanabalan dan beradik Quah – Kim Siak serta Kim Swee.

Bekas penjaga gol negara, Chow Chee Keong meninggal dunia pada usia 69 tahun, dipercayai akibat komplikasi jantung.

Anaknya, Adrian mengumumkan pemergian Chow di Facebook dengan catatan “Pada jam 8.08 pagi hari ini (21.2.2018), ayah saya meninggalkan kami dengan aman. Beliau berjuang lama untuk terus bersama kami”.

Chow yang merupakan antara penjaga gol terbaik negara, membuat penampilan sulung di pentas antarabangsa ketika berusia 15 tahun, pada 1965 dan beraksi bersama Datuk M Chandran, N Thanabalan dan beradik Quah – Kim Siak serta Kim Swee.

Pada 1968, beliau menarik perhatian banyak kelab Hong Kong ketika bermain untuk pasukan Cina Malaysia sebelum menyertai Hong Kong Rangers FC untuk 3 perlawanan persahabatan.

Beliau kemudiannya bermain untuk Jardine FC dengan bayaran HK$2,500 sebulan.

Digelar “Asian Stainless Steel Gate”, Chow turut menarik minat kelab Cruzeiro dari Brazil, selepas satu perlawanan persahabatan di Hong Kong.

Chow dipilih sebagai pemain terbaik selama 5 kali berturut-turut dari 1966 hingga 1970 oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Beliau menjadi pemain golf profesional selepas bersara daripada arena bola sepak dan mengajar golf sebelum ini.

Bekas wartawan sukan, George Das menyifatkan Chow sebagai rendah diri dan penjaga gol serta penyerang bijak.

“Beliau boleh menggelecek dan apabila mendapat bola di depan gawang, beliau akan membuat jaringan.

“Saya bertuah dapat melihat beliau bermain. Bukan setiap hari anda dapat pemain seperti beliau,” kata Das yang merupakan senior Chow di St John’s Institution kepada FMT.

Pemain bola sepak profesional pertama negara itu menghidap kanser dan meninggalkan isterinya, Christina Kwok serta seorang anak lelaki, Adrian.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.