Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Mudah jinakkan Hull, Chelsea sedia nanti kunjungan Barcelona

Antonio Conte percaya Chelsea telah bersedia mengharungi beberapa minggu mencabar selepas dua gol Willian membantu pasukannya menundukkan Hull City 4-0 awal pagi Sabtu, sekali gus layak ke suku akhir Piala FA.

 

Hanya tinggal empat hari sebelum pertemuan peringkat kalah mati menentang Barcelona, Conte melakukan rombakan besar dengan merehatkan Thibaut Courtois, Cesar Azpilicueta, N'Golo Kante dan Eden Hazard.

Biarpun membariskan 'pasukan kedua', lawan yang beraksi di divisyen satu Liga Kejohanan gagal memberikan saingan apabila dua gol Willian serta masing-masing satu dari Pedro Rodriguez dan Olivier Giroud memastikan Chelsea selesa 4-0 pada separuh masa pertama.

Conte melakukan tujuh pertukaran dalam kesebelasan utama ketika menundukkan West Brom 3-0 Isnin lalu bagi mengurangkan tekanan terhadap masa depannya di kelab selepas tewas besar kepada Bournemouth dan Watford.

Penyokong Chelsea turut menyatakan sokongan penuh terhadap bekas pengendali Juventus itu namun cabaran lebih besar menanti dalam Liga Juara Juara dan merebut empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris.

Kunjungan Barcelona ke Stamford Bridge Selasa ini (awal pagi Rabu) akan disusuli aksi di Manchester menentang United dan City sebelum perlawanan timbal balik di Nou Camp pada 14 Mac.

"Kami tewas dua perlawanan dalam tempoh yang sangat sibuk. Kini kami mendapat keyakinan semula.

"Tetapi dalam dua minggu mendatang kami akan menempuh perlawanan mencabar dan perlu kuat, Barcelona, United dan City. Kami sudah bersedia," kata Conte selepas perlawanan itu hari ini. - AFP

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.