Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Julian gagal mara ke pusingan akhir Olimpik Musim Sejuk 2018

Julian terlepas peluang itu hanya dengan perbezaan 1.15 mata. - Foto REUTERS Julian terlepas peluang itu hanya dengan perbezaan 1.15 mata. - Foto REUTERS

Atlet luncur ais Malaysia, Julian Yee yang membuat penampilan sulung negara dalam Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan [ada Jumaat, gagal mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki acara itu.

 

Dalam saingan yang berlangsung di Gangneung Ice Arena untuk memilih 24 daripada 30 peserta ke pusingan akhir esok, Julian terlepas peluang itu hanya dengan perbezaan 1.15 mata yang memaksanya berada di tangga ke-25.

Atlet berusia 21 tahun itu yang merupakan peluncur ais pertama dari negara tropika yang layak ke Olimpik Musim Sejuk bagaimanapun tidak menghampakan apabila berjaya membaiki catatan mata 'season' terbaiknya pada 73.58 mata, di belakang atlet Jerman, Paul Fentz yang mengisi slot terakhir ke pusingan kelayakan dengan catatan 74.73 mata.

Catatan 'season' terbaik Julian untuk program pendek sebelum ini ialah 71.93 mata.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang beraksi dengan iringan gubahan 'To Build a Home' oleh The Cinematic Orchestra, mempamerkan keyakinan sepanjang persembahan tersebut yang hanya dicalari kesilapan kecil, membolehkannya meraih 38.37 mata untuk elemen teknikal dan 35.21 mata dari segi persembahan. - Kosmo Online

 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.