Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

M'sia bertindak jika Parlimen EU lulus larangan import minyak sawit

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, resolusi Kesatuan Eropah (EU) itu yang menyasarkan produk minyak sawit yang diimport, boleh dianggap bertentangan dengan komitmen Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, resolusi Kesatuan Eropah (EU) itu yang menyasarkan produk minyak sawit yang diimport, boleh dianggap bertentangan dengan komitmen Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya jika resolusi melarang import minyak sawit Malaysia diluluskan Parlimen Eropah.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, resolusi Kesatuan Eropah (EU) itu yang menyasarkan produk minyak sawit yang diimport, boleh dianggap bertentangan dengan komitmen Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

"Kita ada menghubungi pihak EU dan memaklumkan bahawa resolusi ini tidak adil dan kenapa minyak sawit negara dianaktirikan berbanding minyak lain seperti kacang soya.

"Kalau perkara ini berlaku, ianya bertentangan dengan konsep WTO untuk berniaga secara adil antara negara dunia dan meluluskan pengecualian adalah bercanggah, ini juga menjadi alasan kukuh untuk kita mengambil tindakan," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Lahad Datu itu berkata demikian kepada pemberita selepas penutupan lestari modal insan koperasi sempena promosi program latihan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) 2018, di Lahad Datu hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarah MKM, Prof Madya Datuk Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

Datu Nasrun berkata, pelbagai propaganda mengenai industri minyak sawit negara disebar dan ia antara cabaran dihadapi kerana minyak sawit negara dilaksanakan mengikut amalan lestari dan menggunakan konsep bioteknologi.

"Minyak sawit negara dipasarkan lebih murah berbanding minyak keluaran Eropah yang mengenakan cas tinggi sehingga tidak laku.

"Mereka mencari jalan untuk menyekat pasaran minyak sawit kita dengan mengaitkan amalan tidak baik digunakan untuk mengeluarkan produk itu," katanya yang pernah bertemu ketua syarikat coklat terkenal Ferrero Rocher dan diberitahu ia menggunakan minyak sawit untuk keluarannya.

Sementara itu, Nasrun berharap MKM dapat melahirkan lebih ramai golongan muda dalam profesion gerakan koperasi seiring dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2020 dan Transformasi Negara 2050.

Menurutnya, golongan muda perlu merebut peluang dan sekiranya tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk menggerakan koperasi disaran merujuk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan MKM di wilayah masing-masing.

Setakat ini, koperasi negeri mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan keseluruhan modal sahami setakat Disember 2017 berjumlah RM56,356,359 dan modal yuran RM113,265,450 manakala pemilikan aset bernilai RM774,487,897.

Setakat tahun lalu, sebanyak 1,443 koperasi telah ditubuhkan di Sabah dengan 318,891 anggota. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.