Dikemaskini 10:01 AM, 22 Apr, 2018
A+ A A-

Pahang: Hujan berterusan, mangsa banjir meningkat lagi

Pengarah Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata daerah Rompin mencatatkan peningkatan mangsa dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka pada awal pagi ini di Dewan Orang Ramai Leban Chondong yang menempatkan 39 mangsa. Pengarah Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata daerah Rompin mencatatkan peningkatan mangsa dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka pada awal pagi ini di Dewan Orang Ramai Leban Chondong yang menempatkan 39 mangsa.

Hujan berterusan yang masuk hari kedua menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat lagi kepada 357 orang hingga 8 pagi ini berbanding 318 malam tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata daerah Rompin mencatatkan peningkatan mangsa dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka pada awal pagi ini di Dewan Orang Ramai Leban Chondong yang menempatkan 39 mangsa.

"Mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman pula masih kekal 64 orang seperti malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata di Pekan keadaan banjir termenung menyebabkan jumlah mangsa tidak berubah dengan 254 orang masih ditempatkan di lima PPS.

"PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Temai menempatkan 93 mangsa, Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (75 mangsa)," katanya.

Mangsa turut ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), SK Acheh (sembilan) dan Pusat Pemindahan Banjir Kampung Lamir (38).

Di MIri, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelabit di Miri menjadi satu-satunya sekolah di Sarawak ditutup hari ini setelah kawasan dalam dan luar sekolah dilanda banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBS) berkata, banjir telah menyebabkan kawasan padang sekolah, kelas, kuarters, rumah genset dan prasekolah dinaiki air.

“Laluan ke SK Sungai Kelabit yang mempunyai 19 murid, tujuh guru dan dua kakitangan pentadbiran itu juga berbahaya untuk dilalui kerana banjir dan licin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS dalam kenyataan sama berkata empat sekolah rendah iaitu SK Kuala Kenyana, SK Kuala Bok, SK Sungai Bong dan SK Sungai Anak turut terjejas banjir tetapi masih beroperasi. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.