Dikemaskini 2:52 AM, 16 Jan, 2018
A+ A A-

Permohonan sekolah kanak-kanak warga asing sedang diteliti - JPNT

Katanya bagi kes kanak-kanak bukan warganegara yang ingin belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan akan dikenakan levi mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil.4/2000 dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Fee Yang Diluluskan)(Kehadiran Murid Asing) 1995. Katanya bagi kes kanak-kanak bukan warganegara yang ingin belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan akan dikenakan levi mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil.4/2000 dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Fee Yang Diluluskan)(Kehadiran Murid Asing) 1995.

Permohonan untuk memasuki Tahun Satu di sekolah bantuan kerajaan oleh seorang kanak-kanak warga asing sedang diteliti, kata Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussien.

Beliau berkata keputusan berhubung permohonan itu dijangka pada minggu depan.

Katanya bagi kes kanak-kanak bukan warganegara yang ingin belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan akan dikenakan levi mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil.4/2000 dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Fee Yang Diluluskan)(Kehadiran Murid Asing) 1995.

"Kadar bayaran setahun ditetapkan ialah RM120 bagi sekolah rendah dan RM240 bagi sekolah menengah. Mereka ini juga tidak berhak mendapat bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT),,” katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perkara itu.

Warga Indonesia Katrina Lukas, 33, ibu kanak-kanak itu berkata usahanya untuk mendaftarkan anak perempuannya itu yang berumur tujuh tahun di sebuah sekolah rendah pada hari pertama persekolahan tahun ini ditolak pihak pengurusan sekolah itu ekoran status sebagai warga asing.

“Saya keliru sebab ada orang kata anak saya ini sebagai pemegang kad Suruhanjaya Bangsa -Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) layak untuk mendapat pendidikan, saya tidak tahu peraturan yang perlu dipatuhi untuk membolehkan anak saya bersekolah," katanya kepada Bernama.

Katanya suaminya Shobie Ahmad Abul Bashar, 33, merupakan pelarian Rohingya dan juga pemegang kad UNHCR sudah menetap di Terengganu lebih tujuh tahun dan telah merujuk perkara itu kepada JPNT. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.