Dikemaskini 2:52 AM, 16 Jan, 2018
A+ A A-

10 rumah dihanyutkan banjir di Keningau

Menurut Pegawai Bomba Kanan 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau, Jaree Mohamad, tidak ada kemalangan jiwa berlaku kerana kesemua penghuni telah bertindak awal berpindah ke kawasan selamat. Menurut Pegawai Bomba Kanan 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau, Jaree Mohamad, tidak ada kemalangan jiwa berlaku kerana kesemua penghuni telah bertindak awal berpindah ke kawasan selamat.

Sekurang-kurangnya 10 rumah di Kampung Pampang runtuh dan dihanyutkan banjir kilat yang melanda daerah ini mulai tengah hari tadi akibat limpahan air dari Sungai Pampang.

Menurut Pegawai Bomba Kanan 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau, Jaree Mohamad, tidak ada kemalangan jiwa berlaku kerana kesemua penghuni telah bertindak awal berpindah ke kawasan selamat.

Menurut Jaree beberapa buah rumah lagi di Kampung Contoh turut dinaiki banjir sedalam kira-kira setengah meter.

Tinjauan Bernama di Kampung Limbawan kira-kira jam 9 malam hari ini pula mendapati, laluan utama ke kampung itu telah ditutup berikutan paras air Sungai Pampang yang semakin meningkat.

Beberapa anggota polis trafik juga dilihat berjaga di laluan masuk kampung berkenaan sambil menasihatkan penduduk agar memindahkan kenderaan mereka di kawasan tinggi di sepanjang jalan menghala bangunan Masjid Pekan Keningau.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Liawan Datuk Sairin Karno yang meninjau kawasan-kawasan terjejas menasihatkan penduduk berisiko banjir agar berpindah di kawasan selamat. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.