Dikemaskini 3:05 PM, 21 Oct, 2017
A+ A A-

Waris lega hasrat arwah Syzlin bakal jadi kenyataan

Syzlin, yang meninggal 7 Oktober lalu akibat kompilasi beberapa penyakit, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Selasa depan. Syzlin, yang meninggal 7 Oktober lalu akibat kompilasi beberapa penyakit, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Selasa depan.

Rubiah Abdullah, ibu saudara kepada arwah Syzlin Hataman yang meninggal di Peru baru-baru ini lega hasrat terakhir arwah bakal tertunai.

Syzlin, yang meninggal 7 Oktober lalu akibat kompilasi beberapa penyakit, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Selasa depan.

Rubiah kini berhasrat agar urusan pengebumian anak saudaranya itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk (Dr) Shamsul (Anuar Nasarah). Tanpa bantuan dia, saya tak tahu nak buat apa lagi,” katanya dalam satu sidang media dianjurkan Biro Kebajikan UMNO Malaysia (Bikum) di rumah waris Syzlin.

Rubiah bagaimanapun berkata beliau terkilan Syzlin, yang menjadi mangsa sindiket dadah, tidak dapat bertemu dengan keluarganya buat kali terakhir.

“Saya harap semua selesai secepat mungkin dan harap dia dapt kembali kerana itulah harapan dia,” kata Rubiah lagi.

“(Cuma) saya terkilan kerana dia tak sempat berjumpa mak-mak saudaranya (terlebih dahulu,” katanya sambil cuba menahan sebak.

Syzlin sebelum ini dipenjarakan di Peru atas kesalahan dadah.

Sementara itu, Shamsul yang juag Pengerusi Bikum berkata pihaknya membantu dengan menanggung semua urusan membawa pulang jenazah Syzlin ke tanah air.

“Ia termasuk urusan mengikut hukum agama iaitu memandikan dan mengkafankan jenazahnya di rumah mayat di sebuah hospital di Peru.

“Proses lain termasuk pengawetan, keranda, permit untuk membawa pulang dan pembayaran denda tertentu.

“Semua kos membawa pulang jenazah ditanggung Bikum namun saya rasa tidak perlu dinyatakan jumlahnya,” kata Shamsul dalam sidang media yang sama.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.