Dikemaskini 2:22 AM, 18 Dec, 2017
A+ A A-

Gendang Cina masa solat: Kariah nasihat jangan ulang

Ia berpunca daripada insiden sekumpulan orang Cina berarak dengan pukulan gendang ketika jemaah Masjid Maqbul sedang mengerjakan sembahyang Isyak pada 11 Okt lalu. Ia berpunca daripada insiden sekumpulan orang Cina berarak dengan pukulan gendang ketika jemaah Masjid Maqbul sedang mengerjakan sembahyang Isyak pada 11 Okt lalu.

Tindakan matang dan pantas masyarakat setempat di Sungai Pinang berjaya mengelakkan konflik antara kaum atau agama tercetus di situ.

Ia berpunca daripada insiden sekumpulan orang Cina berarak dengan pukulan gendang ketika jemaah Masjid Maqbul sedang mengerjakan sembahyang Isyak pada 11 Okt lalu.

Keadaan itu menimbulkan kemarahan penduduk Islam setempat dan menganggapnya sebagai sesuatu yang sangat tidak wajar.

Semakan internet pula menunjukkan kumpulan berkenaan bukan berarak, sebaliknya memukul gendang dengan kuat di depan masjid terbabit dan berada di situ untuk beberapa ketika.

Bagaimanapun menurut portal ismaweb tindakan pantas anggota jawatankuasa masjid berkenaan mengadakan perbincangan dengan kumpulan terbabit kemudian berjaya meredakan keadaan.

Isu itu kemudian dilaporkan selesai secara baik.

Rakaman ringkas pertemuan itu juga dikongsi beberapa individu melalui media sosial sejak semalam.

Dalam pertemuan berkenaan Pengerusi Kariah Masjid Maqbul yang hanya dikenali sebagai Haji Elias menjelaskan keadaan yang terjadi pada malam sebelumnya tidak wajar.

Dia juga menasihati kumpulan terbabit atau mana-mana pihak supaya mengelak daripada mengganggu agama serta kaum lain.

“Masyarakat Sungai Pinang ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

"Saya menasihati supaya perkara ini tidak berulang lagi dan setiap kaum perlu menghormati agama masing-masing agar tidak terjadi pergaduhan.

“Kita tak mahu kata (apa yang berlaku itu) biadab... (cuma) kita kata tersilap.

"Apabila tersilap, kita jangan buat ganggu-gugat lagi di masa-masa akan datang,” katanya kepada dua lelaki dipercayai keturunan Cina yang duduk bersama sekumpulan penduduk setempat.

Untuk rekod insiden gangguan ke atas jemaah masjid pernah mencetuskan ketegangan dan pergaduhan di Pulau Pinang pada Mac 1998.

Ketika itu sebuah kuil didakwa sering membunyikan loceng ketika penduduk di Kampung Rawa mengerjakan sembahyang Maghrib.

Kedudukan kuil dan masjid berkenaan secara kebetulan dipisahkan oleh jarak kurang daripada 50 meter.

Ketegangan itu mendorong polis bertindak membuat tangkapan dan rampasan, termasuk membabitkan orang dari luar Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang ketika itu, Datuk Abdul Hamid Mustapha menyatakan polis merampas 28 molotov koktail dan kira-kira 30 bilah parang serta senjata tajam di beberapa kawasan berhampiran tempat kejadian.

Ketegangan mengendur dan keadaan terkawal selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri - segera bertemu dengan pihak yang terbabit dan mendamaikan mereka. -Malaysiakini 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.