Dikemaskini 3:05 PM, 21 Oct, 2017
A+ A A-

‘Denda lewat daftar kelahiran beban kepada golongan miskin’

Menurut mereka, kadar denda tinggi itu akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan akan menyebabkan anak-anak itu bakal tidak mempunyai kerakyatan. Menurut mereka, kadar denda tinggi itu akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan akan menyebabkan anak-anak itu bakal tidak mempunyai kerakyatan.

Pemimpin pembangkang hari ini mempersoalkan kesahihan tindakan Kementerian Dalam Negeri untuk mengenakan denda RM1,000 kepada ibu bapa yang mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka selepas dua bulan.

Menurut mereka, kadar denda tinggi itu akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan akan menyebabkan anak-anak itu bakal tidak mempunyai kerakyatan.

Pengerusi DAP Serian Edward Andrew Luwak berkata golongan miskin di luar bandar perlu diberikan pengecualian terhadap denda itu.

"Sama seperti dalam perkhidmatan perubatan, di mana kerajaan memberi subsidi , kerajaan sama ada boleh mengkompaunkan denda itu atau mengenakan denda nominal, atau bahkan kembali kepada denda asal untuk golongan miskin di pedalaman.

"Sebagai pertimbangan, pengesahan daripada ketua kampung, pegawai kanan kerajaan atau wakil rakyat mencukupi untuk memastikan kelayakan rakyat miskin di luar bandar daripada membayar denda tinggi," kata Edward dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, semalam, mengumumkan keputusan kementerian untuk menaikkan penalti daripada RM50 sebelum ini berkuat kuasa pada Selasa lalu selepas tempoh masa yang diberikan untuk mendaftar kelahiran diperpanjangkan dari 42 hari kepada 60 hari sejak bulan Ogos. Denda pula akan dikenakan hanya di Semenanjung Malaysia sahaja.

"Denda ini adalah berdasarkan pindaan 2016 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Akta 299). Dalam pindaan yang sama juga terdapat penambahan pada Seksyen 12 Subseksyen 1A yang mengatakan denda ini boleh dikurangkan atau diberi pelepasan oleh pendaftar berdasarkan kepada panduan yang ditetapkan.

"Akta 299 hanya terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak tertakluk atau dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak,” katanya. -Malaysiakini 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.