Dikemaskini 3:05 PM, 21 Oct, 2017
A+ A A-

KP: Unsur rasuah di kalangan warga imigresen menurun

Ketua pengarah jabatan itu, Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia berikutan peningkatan kesedaran tentang pentingnya keutuhan dan laporan anggota jabatan itu sendiri tentang unsur rasuah yang melibatkan pemberi dan penerima. Ketua pengarah jabatan itu, Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia berikutan peningkatan kesedaran tentang pentingnya keutuhan dan laporan anggota jabatan itu sendiri tentang unsur rasuah yang melibatkan pemberi dan penerima.

Unsur rasuah dalam kalangan warga Jabatan Imigresen menunjukkan penurunan ketara hasil daripada pelaksanaan program pengukuhan keutuhan.

Ketua pengarah jabatan itu, Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia berikutan peningkatan kesedaran tentang pentingnya keutuhan dan laporan anggota jabatan itu sendiri tentang unsur rasuah yang melibatkan pemberi dan penerima.

“Ketika saya memulakan tugas sebagai ketua pengarah Imigresen, terdapat 27 kes lama mengenai rasuah melibatkan anggota kami yang disiasat polis, tapi, kebelakangan ini, kami dapat melihat ia sudah menurun,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai upacara melafazkan Ikrar Bebas Rasuah warga jabatan itu di Labuan semalam.

Mustafar berkata kesediaan warga jabatan itu menolak rasuah dan mengambil tindakan terhadap pemberi rasuah, banyak membantu mengurangkan kes rasuah dalam jabatan berkenaan.

Katanya, Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada mengenai perkara berkaitan imigresen akan terus dipantau dan ditambah baik supaya sejajar dengan keperluan semasa dan untuk memastikannya tidak mendorong kepada amalan rasuah.

“Dalam menangani rasuah, kami sedar tentang kewujudan 'kambing hitam' yang menjadi duri dalam daging berhubung isu ini, “katanya.

Beliau berkata kambing hitam inilah yang bekerjasama dengan sindiket haram dan merestui aktiviti mereka, hingga menggugat ketenteraman awam serta menimbulkan banyak masalah.

"Perbuatan tidak bertanggungjawsab segelintir pegawai yang mengamalkan rasuah inilah yang mencemarkan imej pasukan imigresen,”katanya. - Bernama

 

Last modified onJumaat, 11 Ogos 2017 15:20

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.