Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

Dua skrin LED untuk majlis perkahwinan Diraja

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office, di sini, majlis Perkahwinan Diraja Johor itu, secara rasminya dimulakan dengan Istiadat Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar, Rabu lalu (8 Ogos). Menurut kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office, di sini, majlis Perkahwinan Diraja Johor itu, secara rasminya dimulakan dengan Istiadat Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar, Rabu lalu (8 Ogos).

Persiapan akhir perkahwinan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos sedang rancak dijalankan di Istana Besar, Johor Bahru.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office, di sini, majlis Perkahwinan Diraja Johor itu, secara rasminya dimulakan dengan Istiadat Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar, Rabu lalu (8 Ogos).

Selain bendera negeri yang dipasang di beberapa jalan utama, persekitaran Istana Besar turut dihiasi dengan bunga-bungaan dan limpahan cahaya berwarna-warni.

Istiadat Persandingan Diraja di Bilik Singgahsana, Istana Besar dihadkan hanya kepada kerabat DiRaja dan orang kenamaan.

Bagaimanapun, tetamu jemputan yang lain berupaya menonton majlis berkenaan menerusi skrin digital di khemah-khemah putih yang didirikan berhampiran Tangga Agung di istana berusia 151 tahun itu.

Orang ramai turut boleh mengikuti Majlis Perkahwinan Diraja di Istana Besar itu secara langsung menerusi dua skrin LED khas yang akan didirikan di Dataran Bandaraya Johor Bahru bermula 8 malam manakala satu lagi skrin akan dipasang di bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Majlis Doa Selamat dan bacaan Yasin berlangsung malam Khamis di Masjid Pasir Pelangi, dihadiri keluarga Diraja Johor dan para tetamu jemputan.

Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat, akan berlangsung di Istana Bukit Serene pada 10 pagi (14 Ogos), diikuti istiadat akad nikah.

Sultan Johor telah berkenan mewakilkan Mufti Johor Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.

Istiadat persandingan akan diadakan pada 8 malam di hari yang sama di Bilik Singgahsana Istana Besar. -Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.