Dikemaskini 2:18 AM, 25 Nov, 2017
A+ A A-

Mufti cadang syarikat penerbangan baca doa sebelum berlepas

Sebuah pesawat Airbus A330 dari Perth ke Kuala Lumpur baru-baru ini mengalami masalah teknikal kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth dan terpaksa berpatah balik. Sebuah pesawat Airbus A330 dari Perth ke Kuala Lumpur baru-baru ini mengalami masalah teknikal kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth dan terpaksa berpatah balik.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri mencadangkan kepada semua syarikat penerbangan supaya membaca doa dulu sebelum memulakan perjalanan.

Kata Dr. Zulkifli, Islam mengajar umatnya untuk berdoa terutamanya ketika musafir, sama ada bagi perjalanan yang jauh atau yang dekat kerana ianya merupakan satu ibadat dan doa juga merupakan senjata orang beriman.

“Sebaiknya amalan berdoa sebelum dan ketika musafir kita promosikan dengan sebanyak mungkin agar manfaatnya dapat diperolehi segenap pihak.

“Justeru kami sejujurnya mencadangkan kepada syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia seperti Malaysia Airlines Berhad (MAS), Air Asia, Malindo dan Firefly untuk memulakan perjalanan musafir dengan doa yang dianjurkan.

“Ini akan membawa keberkatan dalam perjalanan dan InsyaAllah keselamatan serta keamanan kerana difahami bahawa sememangnya musafir itu sebahagian daripada azab dan masyaqqah (penderitaan atau kepayahan) yang perlu ditempuh oleh orang yang berkelana,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian respon kepada berita mengenai seorang kapten kapal terbang yang dikritik kerana menyarankan para penumpang agar berdoa apabila berlaku situasi getir.

Sebuah pesawat Airbus A330 dari Perth ke Kuala Lumpur baru-baru ini mengalami masalah teknikal kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth dan terpaksa berpatah balik.

Juruterbang, Ibrahim Jalaluddin, 63, yang mengendalikan Airbus A330 itu meminta penumpang berdoa selepas membuat pengumuman pesawat akan berpatah balik ke Perth.

Susulan daripada itu, pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim dalam tweetnya membidas tindakan Ibrahim dan menegaskan beliau lebih suka juruterbang tidak beritahu bahawa kematian semakin hampir.

Tulisnya, juruterbang seharusnya memberi harapan, dan sekiranya AirAsia mahu ceburi bidang agama, syarikat itu perlu melantik imam dan paderi sebenar.

Ekoran status berkenaan, banyak pihak mengecam tindakan Zaid termasuklah Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.