Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Rosmah arah peguam buru pemfitnah media sosial

Peguam kepada Datin Seri Rosmah Mansor telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang tanpa sebarang notis kepada mana-mana pihak yang membuat ‘serangan dan tuduhan palsu’ terhadap isteri Perdana Menteri itu.

Firma undang-undang, NoorHajran Mohd Noor dalam satu kenyataan berkata Rosmah mengarahkan pihaknya "memantau semua catatan dalam mana-mana platform media sosial dan sebarang bentuk penerbitan lain berkaitan serangan palsu dan berniat jahat" terhadap anak guamnya itu.

"Baru-baru ini, lebih banyak serangan yang berniat jahat dan tidak berasas muncul dan dibuat terhadap Rosmah Mansor di blog dan media sosial.

"Serangan ini adalah tuduhan palsu yang dibuat tanpa sebarang bukti dan/atau asas, dilakukan dengan niat jahat semata-mata untuk memburuk-burukkan nama baik Rosmah atas dakwaan salah laku yang menjejaskan reputasi beliau," kata firma itu.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.