Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Tertinggal dalam van, kanak-kanak enam tahun meninggal dunia

Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun meninggal dunia selepas tiga jam tertinggal di dalam sebuah van.

Muhammad Iqram Danish dan tiga lagi kanak-kanak lain dalam perjalanan ke sebuah tadika di Jalan Desa, Bandar Country Homes, Rawang pada pukul 8 pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Mohd Marzuki Mohd Mokhtar berkata, pemandu van berusia 21 tahun tidak menyedari kanak-kanak itu tertidur di bahagian belakang van tersebut.

"Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 5 petang," tambahnya.

Kanak-kanak tersebut terus dihantar ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian. - mStar Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.