Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Selawat berkumandang di langit Kulim

Majlis berkenaan akan dihadiri oleh Habib Syech Abdul Qodir Assegaff, Mufti Negeri Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Halal Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Syeikh Hazizan Bin Mat Desa. Majlis berkenaan akan dihadiri oleh Habib Syech Abdul Qodir Assegaff, Mufti Negeri Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Halal Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Syeikh Hazizan Bin Mat Desa.

Pejabat Parlimen Kulim Bandar Baharu akan menganjurkan satu majlis Kulim Berselawat 'Demi Allah Kita Bersama' pada Ahad ini, 9 April 2017 bertempat di Dataran Kulim.

Majlis berkenaan akan dihadiri oleh Habib Syech Abdul Qodir Assegaff, Mufti Negeri Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Halal Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Syeikh Hazizan Bin Mat Desa.

"Majlis akan bermula pada jam 6.30 petang bertempat di Dataran Kulim. Dan majlis ini juga hasil kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim serta Semua Jabatan Di Dalam Daerah Kulim.

"Muslimin dan Muslimat dengan segala hormatnya dijemput hadir, bersama-sama kita menzahirkan cinta kepada Rasulullah SAW, DEMI ALLAH KITA BERSAMA," kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir.

Di majlis itu juga akan diadakan persembahan qasidah dan juga tazkirah ringkas oleh tetamu jemputan. Malah turut diadakan adalah solat hajat perpaduan selepas menunaikan solat fardu Isya'. 

Mereka yang ingin bersama dalam majlis tersebu digalakkan berpakaian putih dan membawa sejadah bagi tujuan menunaikan solat berjemaah.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.