Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Safiey Ilias kembali jadi Sofea Ilias

Safiey memuatnaik gambar yang berpenampilan seperti seorang wanita menerusi laman Instagramnya. Safiey memuatnaik gambar yang berpenampilan seperti seorang wanita menerusi laman Instagramnya.

Jutawan kosmetik Malaysia yang sebelum ini mendapat perhatian umum apabila “gadis” ini telah insaf dan balik ke pangkal jalan untuk jadi lelaki semula, kini kembali mengejutkan pengikutnya.

Safiey Ilias atau nama sebenarnya Saifuddin Illias bertindak menukar nama profile di laman Instagram miliknya dengan nama 'Sofea_Ilias94'.

Lebih mengejutkan jutawan kosmetik itu turut memuatnaik 'screenshot' perbualan 'whatapp' bersama kakaknya menyatakan hasrat untuk kembali menjadi wanita.

"I love my family (saya sayang keluarga saya). Tolong jangan libatkan family saya dalam keputusan saya ni . Mereka tak ada apa-apa kaitan . Ini keputusan saya . Sorry tapi saya tak nak ulas apa-apa dah," tulis Safiey atau kini dikenali sebagai Sofea Ilias.

Tindakan itu menjadi pertanyaan pengikutnya namun Safiey hanya mengulas pendek.

"Dah penat. (Saya) buat apa semua tak kena. Fitnah dimana-mana. Kali ini saya betul-betul penat. Maafkan saya. Saya tak nak ulas apa-apa dah," tulis Safiey atau

Selain itu, penghijrahannya dikukuhkan lagi dengan tindakannya mengepilkan gambarnya berpenampilan seperti seorang wanita dengan alunan rambut panjang dan mengenakan 'dress' seksi bewarna putih.

Dengan menulis kapsyen menerusi gambar tersebut, Safiey turut meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang dianggap tidak menyokong penghijrahannya sebelum ini.

Hi. Im coming back (Hai, saya telah kembali) . Sorry kepada semua terutama yang sokong saya. Sorry sangat-sangat kecewakan anda semua. Saya terlampau penat dah menjadi baik tapi orang tetap kata macam-macam. Saya pun dan mesej family dan menyatakan keputusan saya nk jadi pondan semula. Mereka sedih . Uolls semua pun mesti sedih kan . Maafkan saya tapi kali ini saya tewas," tulis Safiey.

Last modified onSelasa, 06 September 2016 00:04

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.