Logo
Print this page

I am super happy for you - Raja Muda Selangor

Berkongsi kegembiraan bersama rakyat Selangor, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada ayahandanya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin.

Gembira atas khabar yang baharu diumumkan, Tengku Amir dilihat berkongsi kata-kata manis buat ayahandanya yang selamat diijabkabulkan dengan Norashikin Abd Rahman, seorang pembaca berita RTM.

Dalam ucapan yang dikongsi menerusi laman Instagram, Tengku Amir berkata beliau berbangga menjadi putera kepada ayahandanya dan akan sentiasa menyokong Sultan Sharafuddin yang disifatkan sebagai pejuang.

"Alhamdulillah and congratulations Dad! I am super happy for you ❤ (Alhamdulillah dan tahniah ayahanda! Saya tersangat gembira untuk ayah)", tulisnya.

Terdahulu Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkalbulkan dengan Norashikin Abdul Rahman pada 31 Ogos lalu.

Majlis akad nikah tersebut diadakan di Masjid Istana Alam Shah, Klang.

SMASANEWS.com