Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Bapa ADUN DAP Pulau Pinang direman tujuh hari

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah), Muna Maria Azmi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah), Muna Maria Azmi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.

Bapa seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes rasuah bagi mendapatkan rumah mampu milik di negeri terbabit.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah), Muna Maria Azmi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.

Pesara berusia 68 tahun itu tiba di Bahagian Reman pada 11.20 pagi dan keluar kira-kira 50 minit kemudian.

Tahanan reman itu akan berakhir pada 8 September ini dan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM menahan lelaki itu bagi membantu siasatan dakwaan kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Isu urusan 'rasuah untuk rumah' itu terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri. -Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.