Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Lawatan Mahathir mampu tingkatkan dagangan Malaysia-Indonesia

Mahathir dan Tanri ketika dalam satu majlis anjuran IMBC di Hotel Grand Hyatt, Jakarta. Mahathir dan Tanri ketika dalam satu majlis anjuran IMBC di Hotel Grand Hyatt, Jakarta.

Lawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Indonesia mampu meningkatkan dagangan Malaysia-Indonesia dengan memberikan landasan baru bagi kedua-dua negara untuk memperkuat hubungan bilateral dan kerjasama di berbagai bidang.

Menurut Ketua Indonesia - Malaysia Business Council (IMBC), Tanri Abeng, lawatan Tun Mahathir ke Indonesia telah memberi kesempatan kepada Malaysia untuk menjelaskan dasar-dasar terbaru dari kerajaan Malaysia yang menguntungkan kedua negara.

”Melalui lawatan ini, IMBC dan sektor perniagaan berharap dapat manfaat daripada Mahathir sebagai pemimpin paling veteran dan berpengalaman di dunia.

“Tujuan utama pertemuan hari ini adalah untuk membincang peningkatan perdagangan dan pelaburan kedua negara meliputi pelaburan Malaysia di Indonesia.

”Pelaburan Indonesia di Malaysia yang masih harus ditingkatkan, serta kerjasama kedua negara untuk perdagangan di Malaysia dan Indonesia termasuk di peringkat antarabangsa,” kata Tanri menerusi kenyataan media selepas mengadakan pertemuan dengan Mahathir di Hotel Grand Hyatt, Jakarta.

Dalam rangka lawatan rasmi pertama ke luar negara selepas angkat sumpah perdana menteri 10 Jun lalu, Mahathir juga melakukan pertemuan dengan beberapa tokoh penting Indonesia dalam majlis yang dianjurkan IMBC.

Tanri menambah, hubungan erat kedua negara serumpun ini memiliki makna yang sangat penting bagi kedua belah pihak.

”Sebagai contoh, nilai jumlah perdagangan kedua negara tahun 2017 mencapai Rp255,9 triliun atau meningkat sebesar 22 persen dibandingkan tahun 2016.

“Nilai tersebut menjadikan Indonesia sebagai rakan dagang terbesar ketujuh bagi Malaysia secara global dan ketiga terbesar dalam lingkup rantau Asean, selepas Singapura dan Thailand,” katanya.

IMBC adalah entiti perniagaan antara dua negara, melibatkan Indonesia dan Malaysia yang mana ibu pejabatnya di Jakarta.

Komitmen IMBC adalah untuk menjadi badan strategik dalam memberikan pandangan dan idea-idea kepada kerajaan, sektor perniagaan dan diplomatik.

Dalam masa sama, IMBC juga mempromosikan dialog untuk memahami dan meningkatkan hubungan yang lebih baik antara Indonesia dan Malaysia.

Sepanjang lawatan dua hari itu, Mahathir turut melakukan perjumpaan empat mata dan perbincangan dengan tokoh-tokoh penting Indonesia, termasuk ahli perniagan dan veteran politik.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.