Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Nik Omar tewas di tempat Allahyarham Nik Aziz

Calon PKR, Nik Omar Nik Aziz, tewas dalam pertembungan tiga penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

 

Nik Omar yang mewakili pakatan pembangkang tewas selepas memperoleh 2,418 undi, jauh ketinggalan di belakang dua pencabarnya.

Keputusan sekali itu gus menyaksikan calon PAS yang juga penyandang, Ahmad Fathan Mahmood mempertahankan kemenangannya dengan 10,549 undi, manakala calon BN, Mohd Fareez Nor Amran pula memperoleh 7,075 undi.

Ahmad Fathan memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,474 undi.

PAS juga berjaya mempertahankan DUN Panchor, Kijang dengan kemenangan besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang memperoleh 13,597 undi.

Pesaingnya iaitu Zarina Eusope daripada BN meraih 6,309 undi dan Hazmi Hassan (PKR) memperoleh 2,394 undi.

DUN Panchor menyaksikan Mohd Amar mendapat majoriti 7,288 dengan jumlah undi rosak 224 undi.

DUN Kijang juga menyaksikan PAS mempertahankan kerusi apabila calonnya Dr Izani Husin memperoleh 9,998 undi mengalahkan calon BN, Wan Shahrul Azwan Wan Abdul Aziz (5,281 undi) dan Nik Azmi Nik Osman (PKR) yang mendapat 1,828 undi.

Keputusan itu menyaksikan Dr Izani meraih majoriti 4,717 undi dan 222 undi rosak.

PAS juga mempertahankan kerusi Parlimen Pengkalan Chepa melalui kemenangan Ahmad Marzuk Shaary dengan 32,592 undi menewaskan wakil BN, Datuk Zaluzi Sulaiman (19,360) dan calon PKR, Mohammad Ibrahim (7,435).

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.